JENIS-JENIS INSURANS

JENIS-JENIS INSURANS MOTOR

Jenis-jenis insurans motor yang ditawarkan untuk setiap kelas kenderaan bermotor adalah:
• Akta sahaja
• Pihak Ketiga
• Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
• Komprehensif

1. Perlindungan Akta sahaja
Perlindungan yang diperlukan ialah yang meliputi liabiliti undang-undang atas kematian atau kecederaan anggota badan pihak ketiga (tidak termasuk penumpang) disebabkan atau akibat dari penggunaan kenderaan bermotor milik insured di atas jalan raya.Pada masa sekarang, perlindungan akta ini jarang ditawarkan atas permintaan pemegang polisi kerana perlindungan ini biasanya dikhaskan untuk situasi tertentu sahaja iaitu apabila risiko yang terlalu buruk atau amat tinggi.

2. Perlindungan Pihak Ketiga

Perlindungan pihak ketiga biasanya merupakan pilihan terakhir pemegang polisi kerana perlindungan yang ditawarkan tidak melindungi kerugian atau kerosakan kenderaan milik pemegang polisi dan perlindungan dihadkan kepada kerosakan harta milik pihak ketiga dan liabiliti undang-undang atas kematian dan kecederaan anggota badan pihak ketiga

3. Pihak Ketiga, Kebakaran Dan Kecurian

Sebagai tambahan kepada perlindungan polisi pihak ketiga, polisi ini juga menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kepada kenderaan insured disebabkan kebakaran atau kecurian. Elemen risiko berlakunya kecurian dan kebakaran menyumbang kepada kadar premium yang dikenakan untuk polisi ini hampir sama dengan premium polisi komprehensif dan oleh itu ia bukanlah pilihan yang bijak. Premium yang dikenakan untuk perlindungan ini adalah lebih kurang 75% dari premium perlindungan komprehensif.

4. Perlindungan Komprehensif
Polisi motor komprehensif adalah gabungan perlindungan ke atas harta dan
liabiliti. Perlindungan yang ditawarkan di bawah polisi ini boleh dibahagikan kepada
dua seksyen utama iaitu:
• Seksyen A – Kerugian atau kerosakan kenderaan insured
• Seksyen B – Liabiliti kepada pihak ketiga

No comments:

Post a Comment